Wednesday 4 January 2012

KEUNIKAN SEPANJANG MENAIKI MALACCA RIVER CRUISE

Waktu yang ada diseiringkan dengan melawat Melaka bandaraya bersejarah. Banyak tempat yang aku lawati. Memang tak cukup satu hari. Tapi apa yang aku nak kongsi kat sini ialah keterujaan pertama kali menaiki melaka river cruise ni.
 
Dengan tambang yang sangat berpatutan bagi aku iaitu RM10. Para penumpang akan menaiki bot tersebut selama hampir satu jam. Best woo. Cuba tengok dengan dinding - dinding sepanjang sungai ni, dinding - dinding pada bangunan berkonsepkan belanda ini dilukiskan dengan cerita - cerita sejarah Melaka. Bagi aku ini merupakan idea yang menarik dan kreatif. Bukan sahaja menarik perhatian pengunjung, tapi akan membuatkan belakang - belakang bangunan tersebut nampak lebih indah. Jom aku kongsi serba sedikit gambar






                                                                    
Bukan sahaja lukisan - lukisan pada dinding yang menarik perhatian aku, tapi persekitaran sungai tersebut. Dengan rumah - rumah Melaka yang masih mengekalkan ciri - ciri tradisional, jambatan - jambatan yang diberi nama unik.  Selain tu, terdapat kincir air yang besar yang diperbuat daripada kayu.

Kincir Air

Bot yang bergerak perlahan membolehkan aku meneliti setiap keindahan di sepanjang sungai tersebut. Para penumpang didengarkan dengan rakaman suara yang menerangkan tentang keunikan sepanjang perjalanan kami. Pada sebelah kiri sungai terdapat paya - paya bakau dan juga bangunan berkonsepkan Belanda. Tidak jauh dari situ juga kelihatan bangunan Stadhuys berwarna merah yang tersergam indah.


River Cruise


Pokok Bakau


Photoshoot wedding pun ada

Tuesday 3 January 2012

LUKISAN KUCING YANG KREATIF

Semua sedia maklum hanya dengan menggunakan pensel, seseorang itu mampu menghasilkan karya yang sangat menakjubkan. Berikut merupakan beberapa contoh gambar lukisan kreatif yang dihasilkan dengan menggunakan pensel.

          Jika dilihat ia saling tidak tumpah seperti sebuah foto, tetapi dengan sedikit kreativiti dan bakat yang diberikan, pelukis ini mampu "menghidupkan" kucing - kucing tersebut di atas helaian - helaian kertasnya. Sebagai seorang pelajar seni, aku berasa teruja dengan lukisan - lukisan ini.  lebih - lebih lagi aku merupakan penggemar kucing. Semogha hari demi hari bakat aku dalam bidang ini semakin menyerlah 

                                                         Kucing - kucing comel

                                                                   Comel kan?


Monday 2 January 2012

KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif. Pendidikan Seni dalam Kurukulum Bersepadu Sekolah Menengah, bermaksud seni tampak yang bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik.

         Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Pelajar yang mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa, bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupan.

         Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir . Pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel.

          Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
      
          Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini

KREATIVITI DARIPADA POKOK BULUH, POKOK PISANG, POKOK KELAPA

Antara tugasan subjek kreativiti, kami dikehendaki membuat rekacipta daripada pokok buluh, pokok kelapa dan juga pokok pisang. Kami perlu menghasilkan 10 rekaan daripada pokok - pokok tersebut. Aku memilih untuk mencampurkan ketiga - tiga pokok berkenaan dalam satu rekaan.

          Unsur yang diambilkira ialah ketahanan dan kekemasan.  selain itu, kekreatifan kami juga akan dinilai daripada rekaan - rekaan yang dihasilkan. Sebelum mendapatkan rekaan yang terakhir, aku perl;u membuat lakaran terlebih dahulu di dalam buku sketch, kemudian baru rekaan terakhir disediakan. Berikut adalah beberapa contoh rekaan yang aku hasilkan untuk tugasan subjek kreativiti ni.


Cermin Ajaib

Seludang Hiasan
Lampu Buluh
Troli Serbaguna

Bunga Manggar Tradisi





         

Monday 19 December 2011

STUDIO CATAN

Semester 3 ditambah dengan studio lain yang memerlukan aku menzahirkan kreativiti aku dalam bidang aseni halus. Studio catan sangat mencabar bagi aku kerana ini merupakan pengalaman pertama menggunakan cat minyak. Aku merasa sendiri bagaimana situasi dalam menggunakan cat minyak yang lambat kering dan berbau. Tapi semua tu tak menghalang aku untuk terus menyelesaikan tugasan tersebut

             Kami diberi 3 pilihan sama ada landskap, figura atau alam benda. Aku memilih figura kerana rasa ingin mencuba. Setelah melalui 3 peringkat akhirnya lec memilih figura orang lelaki memegang wau. Jadi aku dengan rela hati melakarnya di atas kanvas.

           Sepanjang dua bulan tu macam - macam yang berlaku. Adat orang belajar, kalau tak betul masih perlu dibaiki. Think positive. Banyak duit habis beli warna, linseed oil, turpetin, berus, kanvas macam - macam la. Tapi semua tu tak menghalang aku untuk terus menyiapkan catan tersebut hingga selesai. Jom aku kongsi progress penghasilan catan tersebut.


Lapisan pertama

                                  

Glazing

50%

Hampir sempurna
Kuliah terakhir

Yahoo!!!

Bila dah dibenarkan hantar catan tu rasa segala penat tu hilang. Terima kasih kepada Dr Zahuri kerana banyak bagi tunjuk ajar kepada kami. Banyak yang aku dapat belajar sepanjang hampir tiga bulan aku menyiapkan catan ni. Terima kasih sekali lagi, tapi  kalau dapat bagi A lagi best la kot..hehe

Monday 12 December 2011

2 HOUR DRAWING

Untuk 3 minggu ni kami dikehendaki melukis still life, lokasi hanya di dalam studio lukisan yang best tu. Masa mula - mula masuk, wah apa benda ni nak kena lukis ke? Banyak nya barang - barang. Ada blok kayu, kerusi, kain, pasu bunga besar, alat pemadam api, tembikar, kotak, blok silinder dan tengkorak. Tengkorak? hissh seraaammm.

            Masa pertama kali lukis, kami hanya guna kertas bersaiz A2, aku pun dengan yakin pergi cari sudut terbaik dan lukis keseluruhan apa yang aku nampak tu. Tak siap, balik rumah tinggal buat finishing sebab aku ada amik gambar daripada sudut tu.

           OK, minggu seterusnya lukis lagi guna kertas saiz A2, aku dengan dol nya buat lagi macam yang pertama tu. Tapi bila Dr Roskang lalu belakang. Awak lukis semua ke? kesian.....ha yang lukis semua tu buat balik semula..ha?dengan muka toya aku pun keluarkan lah kertas baru..hurmm dengan tak siap hantar lah juga.

             Minggu lagi satu, datang - datang dah la lambat, dr da duduk dekat kerusi belakang. Tanya - tanya kawan kena lukis lagi guna kertas saiz A1. Mak aih lukis lagi? adoi besar pulak tu. Takpa rileks suda. Keluarkan pensel dan start lukis, dalam masa dua jam lukis lah. Aku duduk tempat aku langsung tak berjalan, peduli lah janji aku siap..Maka keluarlah segala eksperi muka yang ntah apa2, dengan Willey yang suka mengacau aku..huh sibuk je











gambar di atas menunjukkan keadaan studio yang masih terkawal selepas jam 1 tengah hari


STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI


Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)
(a) Kaedah Pertama
Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal
sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk
menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu
dilaksanakan.
(b) Kedah Kedua
Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana
apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan
ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan
kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan
suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea
dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk
memperbaiki idea tersebut.
(c) Kaedah Ketiga
Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk
meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan
dalam proses kemudiannya.
(d) Kaedah Keempat
Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang
kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang
murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid
mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat
biasa sahaja.


proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.
(a) Penyoalan
Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.
(b) Penemuan
Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan
galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi
menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan
dan kajian.
(c) Pemerhatian
proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan
semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria
yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya.
(d) Percubaan
Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan
hasil terbaik. Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi
mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki.
(e) Penerokaan
Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk
memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di
sekeliling.
(f) Memanipulasi
murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di
sekeliling untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan
seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih
berjimat dan mengelakkan pembaziran.
(g) Aktiviti/Bermain
Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak,
masa bermain merupakan masa yang penuh dengan
keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan
melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai
contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di
sekolah.


Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi
menyuburkan proses kreativiti.
(a) Memilih Bahan dan Alat
Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan
alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.
(b) Masa
Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid
mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat
eksperimentasi, dan meneroka.
(c) Rangsangan
Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan
berterusan. Pameran
hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan
banyak lagi hasil
karya seni visual.
(d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel
Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka
seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut
minat idea dan cadangan daripada murid.
(e) Hormat-menghormati
Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati
murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan
(f) Memberikan Galakan dan Motivasi
Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah
semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.
(g) Penghargaan
Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha
dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas

 MENINGKATKAN MOTIVASI

Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance

STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI