Monday 19 December 2011

STUDIO CATAN

Semester 3 ditambah dengan studio lain yang memerlukan aku menzahirkan kreativiti aku dalam bidang aseni halus. Studio catan sangat mencabar bagi aku kerana ini merupakan pengalaman pertama menggunakan cat minyak. Aku merasa sendiri bagaimana situasi dalam menggunakan cat minyak yang lambat kering dan berbau. Tapi semua tu tak menghalang aku untuk terus menyelesaikan tugasan tersebut

             Kami diberi 3 pilihan sama ada landskap, figura atau alam benda. Aku memilih figura kerana rasa ingin mencuba. Setelah melalui 3 peringkat akhirnya lec memilih figura orang lelaki memegang wau. Jadi aku dengan rela hati melakarnya di atas kanvas.

           Sepanjang dua bulan tu macam - macam yang berlaku. Adat orang belajar, kalau tak betul masih perlu dibaiki. Think positive. Banyak duit habis beli warna, linseed oil, turpetin, berus, kanvas macam - macam la. Tapi semua tu tak menghalang aku untuk terus menyiapkan catan tersebut hingga selesai. Jom aku kongsi progress penghasilan catan tersebut.


Lapisan pertama

                                  

Glazing

50%

Hampir sempurna
Kuliah terakhir

Yahoo!!!

Bila dah dibenarkan hantar catan tu rasa segala penat tu hilang. Terima kasih kepada Dr Zahuri kerana banyak bagi tunjuk ajar kepada kami. Banyak yang aku dapat belajar sepanjang hampir tiga bulan aku menyiapkan catan ni. Terima kasih sekali lagi, tapi  kalau dapat bagi A lagi best la kot..hehe

Monday 12 December 2011

2 HOUR DRAWING

Untuk 3 minggu ni kami dikehendaki melukis still life, lokasi hanya di dalam studio lukisan yang best tu. Masa mula - mula masuk, wah apa benda ni nak kena lukis ke? Banyak nya barang - barang. Ada blok kayu, kerusi, kain, pasu bunga besar, alat pemadam api, tembikar, kotak, blok silinder dan tengkorak. Tengkorak? hissh seraaammm.

            Masa pertama kali lukis, kami hanya guna kertas bersaiz A2, aku pun dengan yakin pergi cari sudut terbaik dan lukis keseluruhan apa yang aku nampak tu. Tak siap, balik rumah tinggal buat finishing sebab aku ada amik gambar daripada sudut tu.

           OK, minggu seterusnya lukis lagi guna kertas saiz A2, aku dengan dol nya buat lagi macam yang pertama tu. Tapi bila Dr Roskang lalu belakang. Awak lukis semua ke? kesian.....ha yang lukis semua tu buat balik semula..ha?dengan muka toya aku pun keluarkan lah kertas baru..hurmm dengan tak siap hantar lah juga.

             Minggu lagi satu, datang - datang dah la lambat, dr da duduk dekat kerusi belakang. Tanya - tanya kawan kena lukis lagi guna kertas saiz A1. Mak aih lukis lagi? adoi besar pulak tu. Takpa rileks suda. Keluarkan pensel dan start lukis, dalam masa dua jam lukis lah. Aku duduk tempat aku langsung tak berjalan, peduli lah janji aku siap..Maka keluarlah segala eksperi muka yang ntah apa2, dengan Willey yang suka mengacau aku..huh sibuk je











gambar di atas menunjukkan keadaan studio yang masih terkawal selepas jam 1 tengah hari


STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI


Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)
(a) Kaedah Pertama
Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal
sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk
menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu
dilaksanakan.
(b) Kedah Kedua
Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana
apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan
ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan
kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan
suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea
dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk
memperbaiki idea tersebut.
(c) Kaedah Ketiga
Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk
meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan
dalam proses kemudiannya.
(d) Kaedah Keempat
Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang
kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang
murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid
mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat
biasa sahaja.


proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.
(a) Penyoalan
Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.
(b) Penemuan
Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan
galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi
menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan
dan kajian.
(c) Pemerhatian
proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan
semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria
yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya.
(d) Percubaan
Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan
hasil terbaik. Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi
mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki.
(e) Penerokaan
Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk
memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di
sekeliling.
(f) Memanipulasi
murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di
sekeliling untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan
seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih
berjimat dan mengelakkan pembaziran.
(g) Aktiviti/Bermain
Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak,
masa bermain merupakan masa yang penuh dengan
keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan
melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai
contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di
sekolah.


Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi
menyuburkan proses kreativiti.
(a) Memilih Bahan dan Alat
Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan
alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.
(b) Masa
Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid
mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat
eksperimentasi, dan meneroka.
(c) Rangsangan
Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan
berterusan. Pameran
hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan
banyak lagi hasil
karya seni visual.
(d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel
Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka
seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut
minat idea dan cadangan daripada murid.
(e) Hormat-menghormati
Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati
murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan
(f) Memberikan Galakan dan Motivasi
Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah
semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.
(g) Penghargaan
Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha
dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas

 MENINGKATKAN MOTIVASI

Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance

STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI

Wednesday 7 December 2011

PEMIKIRAN KREATIF

Pemikiran Kreatif
Pemikiran kreatif mempunyai definisi yang berbeza dengan pemikiran kritis. Ini kerana kreativiti merupakan sifat-sifat Allah yang berkaitan dengan daya ciptanya dalam mencipta manusia dan alam ini. Kreativiti bukanlah sesuatu yang baru. Cuma ia semakin berkembang dari segi budaya, serta bidang kehidupan lain seperti ekonomi dan politik.
Definisi pemikiran kreatif
Pemikiran kreatif adalah satu usaha secara sedar yang melibatkan pencetusan idea kreativiti berserta tindakan kreatif terhadap suatu konsep atau pendekatan atau ciri-ciri lama. Ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan menjana sesuatu idea yang baru serta dapat menggunakan idea tersebut untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Kreativiti juga didefinisikan dengan melihat kepada empat aspek utama iaitu bakat kreatif yang semulajadi, produk kreatif, proses kreatif dan penekanan terhadap kreativiti ataupun persekitaran yang menyokongnya. Orang-orang yang berfikir kreatif dianggap sebagai orang spontan dan sanggup mengambil risiko serta melakukan kesilapan. Mereka juga dianggap sebagai orang yang boleh menerima idea-idea dan pengalaman yang baru. Pemikiran kreatif juga dikenali sebagai pemikiran lateral yang bermaksud berkembang kepada beberapa cara penyelesaian dari satu idea utama.
Stail pemikiran kreatif
a) Stail lateral
Merupakan kaedah untuk menerbitkan idea yang baru. Idea baru tidak berkaitan langsung dengan idea lama. Stail ini melihat sesuatu penyelesaian masalah dan kaedah membuat keputusan dengan menggunakan teknik yang agresif untuk memaksa minda menerbitkan idea yang luar biasa. Idea yang terbit menerusi teknik-teknik lateral ini tidak dinilai sebaliknya ia diguna pakai walaupun nampak tidak releven.
b) Stail projektif
Menggunakan pendekatan meramal, iaitu meramalkan apa yang belum dan akan berlaku, memberikan sebab dan faktor-faktor yang boleh wujud pada masa depan, dan memerlukan maklumat dan pengalaman peribadi untuk membuat penilaian tentang trend masa depan.
c) Stail emotif
Menggunakan jenis emosi yang mendalam seperti kecintaan, ketakutan, kebencian, kemarahan, syak wasangka dan keimanan. Seluruh hasil pemikiran menunjukkan pengaruh emosi tersebut dengan menggunakan logik.
   d) Stail negatif
Pemikiran negatif adalah bersifat logikal, ia mengunakan fakta sebagai asas untuk membuat penilaian-penilaian negatif. Kita perlu mempunyai asas yang kuat untuk mempertahankan kewajaran pendapat kita. Pemikiran ini dapat mengelakkan kita daripada membuat kesilapan dan perkara-perkara yang bodoh. Stail ini mementingkan kebenaran dan realiti. Antara ciri-ciri ialah mengemukakan alasan logik tetapi negatif, mencari alasan mengapa sesuatu itu akan gagal, mengemukakan masalah dan risiko, menyenaraikan dan mencari kepincangan sesuatu idea.
e) Stail positif
Melihat sesuatu idea dengan baik sangka. Ia menumpukan kepada kebaikan, mengatasi kelemahan yang ada.
f) Stail analitikal
Stail berfikir secara analitikal mengunakan pelbagai teori, teknik, dan pendekatan. Teori ini baik untuk menghasilkan pelbagai analisis, huraian dan kritikan. Kita akan dapat melakukan analisis setelah ada sesuatu yang terjadi terlebih dahulu.
g) Stail objektif
Berfikir secara objektif menunjukan ciri-ciri tertentu. Ia menggunakan fakta-fakta yang ada tanpa menyebelahi mana-mana pihak, membezakan fakta dari kemungkinan dan membezakan fakta dari keyakinan.
h) Stail imaginatif
Menekankan peranan imaginasi minda. Minda kita boleh membuat penggambaran dan penggambaran tentang sesuatu yang kita kehendaki secara visual.
 Ciri-ciri pemikiran kreatif
Antara beberapa ciri-ciri pemikiran kreatif ialah keaslian, kelancaran, kefleksibelan, dan penghuraian.
1) Keaslian
Idea-idea yang diterbitkan adalah luar biasa dan asli. Ia tidak ditiru atau diciplak bulat-bulat. Keasliannya tetap dipelihara dengan syarat idea tersebut merupakan pembaikkan daripada idea lama. Kita mendapat idea hasil daripada apa yang kita lihat dan saksikan seperti benda, perkara dan peristiwa yang berlaku di sekeliling. Sudah sekian lama kita dapati orang mengukur kelapa secara tradisional. Ia bukan sahaja tidak efisien tetapi amat memenatkan. Apabila satu alat ukur kelapa yang canggih dan ekonomik dicipta, ia boleh dilabelkan sebagai asli dan baru kerana masih belum terdapat idea yang kita bayangkan.
2) Kelancaran
Bermaksud keupayaan untuk melahirkan idea kreatif secara spontan dan ada pula yang memakan masa yang agak lama untuk diterbitkan. Ia bergantung kepada individu, persekitaran dan darjah sesuatu penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

Proses menerbitkan pemikiran kreatif
Idea sangat penting kepada manusia kerana dengannya manusia boleh membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kreativiti terdiri dari himpunan pengetahuan, imginasi, dan penilaian. Proses ini berlaku menerusi peyusunan semula dan perkaitan antara pengetahuan dan pengalaman dalam cara yang baru. Untuk berfikiran kreatif, seseorang perlu mempunyai maklumat tentang perkara yang hendak difikirkan. Terdapat beberapa cara bagaimana sesuatu idea kreatif dapat diterbitkan antaranya:
a) Proses menyoal
Sesorang itu akan menyoal apabila ia ingin tahu atau tidak pasti akan sesuatu. Soalan boleh ditujukan pada diri sendiri atau kepada orang lain. Keadaan ini akan membuka minda kita dengan lebih luas.
b) Proses tidak sengaja
Proses ini berlaku secara tidak langsung. Idea datang menerusi pemerhatian persekitaran dan mendapat idea dari persekitaran.
c) Pengalaman
Reka cipta melalui pengalaman adalah berbeza daripada reka cipta yang melalui proses tidak sengaja. Melalui pengalaman kita tahu bahawa sesuatu yang dicipta itu akan berjaya.
 d) Proses kesilapan
Kemajuan dalam bidang sains dan perubatan adalah hasil dari kajian dan menjalankan eksperimen. Di dalam proses tersebut kadang-kadang ahli sains membuat kesilapan dalam pentafsiran dan penelitian. Dalam kesilapan tersebut mereka menjumpai formula atau kaedah baru untuk menyelesaikan masalah atau menjayakan kajiannya.
e) Imaginasi dan visualisasi
Semua orang mampu membuat imginasi dan visulisasi. Proses imaginasi dan visualisasi bersifat abstrak, tetapi boleh diterjemahkan secara konkrit. Visualisasi dan imaginasi boleh dilakukan dengan lima prinsip utama:
o    tentukan matlamat yang ingin dicapai.
o    cipta idea dan buatkan gambaran yang jelas.
o    Sentiasa tumpukan pemerhatian
o    Timbulkan daya positif
o    Meningkatkan fungsi otak kanan


Saturday 3 December 2011

HAYYAA NYONYA

Jalan - jalan cuci mata.  Nyonya oo nyonya, banyaknya orang cina kat sini, kedai tu cina kedai ni cina. Tapi sepanjang berada dalam tempat ni rasa macam wuaaa banyak nya barang - barang seni. setiap satu aku belek - belek (tak beli pon). Orang kedai tak kisah, apa lagi tengok saja lah peduli apa.

           Apa yang nak dikongsi di sini ialah aku sangat tertarik dengan magnet2 dan hiasan - hiasan comel yang sangat kreatif bagi aku. Lama aku duduk dekat situ, setiap benda aku pegang aku tengok rasa macam tak. Dalam hati terfikir macam mana agaknya diorang ni buat. Mangkuk - mangkuk yang sangat comel, lepas tu dibuat macam ada makanan dalam tu contohnya bubur ke, shushi, buah - buahan banyak la. Tapi yang penting aku sangat jakun dan over excited masa tu. Jom aku tunjuk sikit contoh - contoh magnet yang aku cakapkan tu.

Sangat comel! 



Macam real kan?

Sebelum beredar dari kedai tu, sempat lagi aku belek - belek barang - barang lain. Semuanya barang - barang cina. Daripada hiasan, alat muzik, pakaian, dan lain - lain boleh didapati di situ. Yang aku pegang ni tak tahu la apa benda, mungkin rokok mungkin alat muzik....dol(",)










                                 

Friday 2 December 2011

LUKISAN

Definisi

Perkataan Lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old English’ iaitu ‘dragan’ yang bermasud ‘to drag’ dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan.
       Lukisan melibatkan kerja yang agak sistematik. Ia memasukkan elemen seperti bentuk, ton, jalinan, cahaya  bayang, perspektif dan  komposisi. Dalam lukisan, medis yang digunakan ialah daripada media kering. Contohnya pensel, arang atau charcoal, krayon dan kapur. Lukisan yang dibentuk menggunakan satu warna (monokromatik).
        Aktiviti melukis kebiasaanya dilakukan sebelum ia dipindahkan kepda karya seni seterusnya. Proses melukis juga digunakan sebagai sketsa atau sketches. Ia berlaku  secara berterusan sehingga idea yang dikehendaki dipilih dan dikembangkan.
         Lukisan juga boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi. Ini terbukti dengan sebuah lukisan bertajuk ‘unforgerttabale fire’ yang dilukis oleh pelukis amator di Jepun pada tahun 1945 menggambarkan peristiwa pengeboman bandar Hiroshima.

Jenis - Jenis Lukisan

Lukisan Figuratif
Lukisan figuratif tertumpu kepada lukisan manusia dan binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Lukisan figuratif adalah amat sukar kerana dari segi kadar banding akan menentukan keindahan lukisan tersebut

Lukisan Kajian
Lukisan kajian dilukis untuk mengkaji sesuatu benda. Contohnya lukisan tumbuhan, pelukis perlu melukis bahagian tersebut dengan teliti. Biasanya lukisan kajian lebih tertumpu kepada lukisan alam seperti tumbuhan dan haiwan.

Lukisan Informasi
Lukisan informasi bertujuan memberi informasi kepada pelanggan, biasanya dalam bentuk peta dan ilustrasi. Lukisan ini perlu dilukis dengan cermat dan teliti

Lukisan Konseptual
Pelukis perlu menggunakan imaginasi yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu konsep yang baru. Contohnya dalam filem seram memerlukan lukisan watak seram untuk dijadikan watak dalam cerita tersebut, pelukis perlu melalui konsep watak tersebut dalam bentuk fantasi.

Lukisan Teknikal
Lukisan teknikal ialah lukisan yang menggunakan skala tertentu untuk memastikan sudut pandangan dan kadar banding yang tepat.

Lukisan Kartun
Dalam menghasilkan lukisan kartun, perlu menggunakan pelbagai kualiti garisan ringkas untuk menggambarkan watak - watak kartun. Biasanya ia digambarkan melalui tema - tema jenaka.

Lukisan Kontur
Lukisan yang menjelaskan bentuk atau rupa pada sesuatau permukaan bentuk. Lukisan ini menggunakan pelbagai jenis garisan tebal dan nipis. Ia juga bertujuan untuk menampakkan imej tiga dimensi.

Lukisan Gesture
Menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad kepada pergelangan tangan sahaja. Ia dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaras antara kerja mata, minda dan tangan pada objek yang dilukis.
Lukisan kajian
Lukisan gesture

Lukisan Kontur



Media

Media dominan dalam lukisan ialah media kering seperti pensel, pensel warna, pen dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan. Penghasilannya mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi dengan kuantiti yamng sangat minimum. Lukisan juga menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.Antara media yang biasa digunakan ialah:
Media kering
  • Pensel
  • Charcoal
  • Pen
  • Berus
  • Oil Pastel
  • Soft Pastel
Soft pastel
Charcoal (arang)
pensel warna


Media Basah
  • Cat air
  • Dakwat
  • Cat minyak
  • Cat poster
  • Cat tempera
  • Cat akrilik

Teknik
Penekanan kepada teknik dalam pengkaryaan lukisan memerlukan latihan yang berterusan. Guru harus menekankan pembelajaran teknik - teknik melukis. Antara tek - teknik lukisan ialah : 
  • Teknik contengan (scribbles lines)
  • Teknik lorekan ( shading)
  • Teknik titik ( pointilism)
  • Teknik garisan berombak( waving lines)
  • Teknik garisan pangkah( Ccross hatching)
  • Teknik garisan selari (parallel lines)
  • Teknik semburan ( stippling)
  • Teknik garisan tidak menentu ( crist cross)
  • Teknik campuran (mixed lines)

Asas Sebelum Melukis
Antara perkara asas sebelum memulakan lukisan ialah :
  • Memahami beberapa perkara berkaitan teknik melukis seperti yang dibincangkan sebelum ini, cara mengaplikasikan garisan. Bagi mendapatkan bentuk, ton, jalinan dan sebagainya.
  • Mengetahui kedudukan perspektif. Dalam lukisan yang dihasilkan itu, pastikan arah perspektif sama ada satu titik lenyap, dua titik lenyap. Arah perspektif merupakan satu ilusi, dan seterusnya akan menimbulkan kesan 3D.
  • Pemilihan tema dan imej yang sesuai
  • Faham kedudukan cahaya dan bayang. Kemudian fahami kekuatan pancaran cahaya yang menimpa di atas objek. Seterusnya bayang yang berada pada objek atau di lantai. 
  • Membuat beberapa lakaran kasar. Ini bertujuan untuk menentukan komposisi, ruang dan kedudukan objek.
  • Bijak menggunakan teknik fokus pada objek. Tahu objek manakah yang perlu diberi keutamaan serta susun atur yang sesuai terhadap objek yang dipilih. 


 

Tuesday 29 November 2011

JOM CONTENG - CONTENG

Masuk semester 3 mula lah pegang - pegang set pensel balik, hurmm semester lepas tak banyak sangat melukis tapi start semester ni pakat - pakat join kelas Dr Roskang. Siapa tak kenal Dr. Roskang yang popular dengan karya - karya abstrak dia yang bagi aku hurrmm hebat. Bila belajar dengan dia rasa macam wuaaa banyak nya yang aku tak pandai lagi. Thank you Dr. Roskang!

            Semester ni, Dr. Roskang lain sikit, kami kena dera dengan asignment - asignment yang hurrmm boleh tahan la banyak. Kadang - kadang tu rasa asyik - asyik figure kenapa? tapi takpa la untuk latihan. Macam dr. slalu cakap, kami ni dol je selalu..(",)

          Tapi bagi aku, drawing memang best sebab bila tengah asah - asah pensel boleh berangan dan boleh ingat kucing - kucing kesayangan dekat kampung tu. Selain tu, bila dah pandai lukis figure nanti kot la ada kawan - kawan nak suruh lukiskan gambar. Huh? jangan harap la, aku ada banyak asignment lain. Tahun depan bole.

Inilah Dia Dr. Roskang Jailani


I GOT IT

Sepanjang semester 3 ni memang macam - macam tugasan yang dr beri dalam  studio lukisan. Antara tugasan yang dia beri ialah lukisan potret manusia pada awal - awal semester. Selalunya dr tak kisah pelajar - pelajar dia nak lukis apa, janji kami buat kerja dia sampai siap. "Kerja bertangguh takkan menjadi". jadi, dengan rela hati maka terhasillah sebuah potret manusia. "Potret ke ni?". Pelakon drama korea menjadi pilihan, iaitu Kim Rae Won yang sangat - sangat diminati. walaupun dr kata semuanya dol, tapi sekurang - kurangnya kerja dr roskang belum pernah lagi diketepikan. Taraaa!


Kim Rae Won


Seterusnya , tugasan lain yang diberi ialah lukisan perspektif. Sebenarnya bagi aku lukisan perspektif lah yang paling leceh, senang cerita susah la. Sebab nak kena pastikan setiap sudut mesti join dengan sesuatu titik. Jom aku terangkan sikit lah tentang lukisan perspektif ni, bagi lebih jelas.


Lukisan perspektif

Ruang perspektif ialah teknik gambaran yang bertujuan untuk menunjukkan gambaran ruang tiga dimensi. Pengetahuan dan pemahaman tentang aras mata, titik lenyap dan ruang perspektif adalah sangat penting untuk menimbulkan ruang pada imej dua dimensi yang dihasilkan. Apabila menggambarkan ruang perspektif, saiz objek, jarak antara dua benda serta warna pada objek akan kelihatan berbeza mengikut jarak. Terdapat tiga jenis perspektif iaitu perspektif satu titik lenyap, dua titik lenyap dan 3 titik lenyap.

Satu titik lenyap
- Lukisan yang dihasilkan dengan menggunakan garisan grid yang selari yang akan bertemu di satu titik lenyap di paras pandangan aras mata.

Dua titik lenyap
- Lukisan yang dihasilkan dengan menggunakan garisan grid yang selari yang akan bertemu di dua titik lenyap di kiri dan kanan pada aras mata.

Tiga titik lenyap
- Terhasil apabila objek dilihat daripada pandangan atas aras mata atau bawah aras mata. Contohnya apabila membuat lakaran bangunan dari pandangan atas  

Dengan komitmen yang ada dalam diri, maka tugasan yang diberi tetap diselesaikan walaupun pada mulanya aaaa malasnya! Aku memilih untuk melukis sebahagian bangunan Tadahan Selatan bersebelahan Perpustakaan Tuanku Bainun. Mengambil keputusan untuk melukis perspektif satu titik lenyap salah satu nya. 

Perspektif 1 titik lenyap

         Antara lain, ialah lukisan gesture. Sebelum ni memang biasa lah tengok lukisan gesture dalam buku, tapi belum pernah cuba  untuk lukis. Sebelum tugasan diberi, dr ada ajar macam mana nak hasilkan lukisan gesture, sebab sekali tengok memang conteng - conteng sahaja. Dengan kerajinan yang diberikan, maka siap la 10 lukisan gesture tersebut. Tapi sebelum tu, mari aku terangkan sikit apa itu lukisan gesture.


Lukisan gesture

Dalam menghasilkan lukisan gesture, seluruh pergerakan tangan digunakan dan tidak terhad pada pergelangan tangan sahaja. Kebiasaanya lukisan gesture dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca, atau seni grafik. Selain itu, lukisan ini juga dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaras antara kerja mata, minda, dan tangan pada objek yang dilukis.

Lukisan di bawah, antara cubaan aku untuk menghasilkan lukisan gesture. Macam  biasa lah kan, dol!




Belum cukup dengan itu, Kami disuruh untuk melukis 10 lagi figura yang lengkap dari atas kepala sampai la kaki. Tapi pastikan figura tersebut masti dengan pelbagai gaya yang tersendiri. Mula - mula rungsing juga nak memikir macam mana nak cari orang maam - macam aksi ni. At last, boleh la juga siapkan pada waktu yang ditetapkan. Berikut antara beberapa lukisan yang aku hasilkan untuk tugasan yang ini.

                                            
      

 



Sebelum tu ada lagi, tugasan lain kami disuruh untuk membuat latihan untuk bahagian muka sahaja. Arahan diberi lebih kurang macam ni " Dalam satu kertas saiz A3 lipat bahagi enam bahagian, lepas tu buat lukiskan kedudukan muka yang berbeza. Study bentuk muka tersebut!". Aku pun buat lah lipat - lipat tu, pastu yang jadi mangsa semestinya gambar - gambar artis lah. Ha padan muka, lukis perempuan jadi lelaki, lukis budak jadi orang tua. Takut sangat - sangat sebab masa buat tu dr diri betul - betul depan aku. so setiap line yang aku buat diperhatikan. Bila dr kata "Ha kalau hidung dah kat dahi, confirm salah". Huh? aku lah tu siapa lagi...(",)

             Tapi pada aku sebenarnya, untuk lukis figure atau ekspresi ni, kena banyak latihan sebenarnya. Bila ada masa lapang tu aku cuba - cuba  pada satu gambar rasa macam hmmm its getting better than before. Berikut adalah lukisan kedudukan muka yang dimaksudkan.

                                    

Selain tu, aku tak berapa ingat sangat tugasan yang satu ni, mungkin dr suruh lukis still life drawing. Sebab lukisan ni ada sekali dengan tugasan - tugasan yang lain. untuk menjimatkan masa, aku pun setting satu bahagian untuk dilukis, lokasi hanya di dalam bilik denagn peralatan - peralatan aku sendiri. Contohnya, kotak seterika, botol kaca, beg tangan dan juga botol air kordial. Untuk lukisan yang macam ni aku ambil masa 3 jam. Ha? 3 jam lama betul. Hurm biasa lah, bukannya Imuda atau pun siapa - siapa nak lukis cantik - cantik dan laju. Taraa!



Setakat ni rasanya yang itu saja. Apa yang pasti, banyak lagi tugasan menunggu, itu janji Dr.Roskang. Yang lain - lain akan ditambah dari semasa ke semasa ; )