Monday 12 December 2011

STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI


Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)
(a) Kaedah Pertama
Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal
sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk
menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu
dilaksanakan.
(b) Kedah Kedua
Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana
apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan
ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan
kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan
suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea
dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk
memperbaiki idea tersebut.
(c) Kaedah Ketiga
Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk
meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan
dalam proses kemudiannya.
(d) Kaedah Keempat
Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang
kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang
murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid
mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat
biasa sahaja.


proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.
(a) Penyoalan
Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.
(b) Penemuan
Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan
galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi
menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan
dan kajian.
(c) Pemerhatian
proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan
semata-mata malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria
yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya.
(d) Percubaan
Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan
hasil terbaik. Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi
mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki.
(e) Penerokaan
Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk
memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di
sekeliling.
(f) Memanipulasi
murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di
sekeliling untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan
seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih
berjimat dan mengelakkan pembaziran.
(g) Aktiviti/Bermain
Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak,
masa bermain merupakan masa yang penuh dengan
keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan
melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai
contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di
sekolah.


Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi
menyuburkan proses kreativiti.
(a) Memilih Bahan dan Alat
Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan
alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.
(b) Masa
Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid
mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat
eksperimentasi, dan meneroka.
(c) Rangsangan
Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan
berterusan. Pameran
hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan
banyak lagi hasil
karya seni visual.
(d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel
Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka
seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut
minat idea dan cadangan daripada murid.
(e) Hormat-menghormati
Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati
murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan
(f) Memberikan Galakan dan Motivasi
Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah
semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.
(g) Penghargaan
Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha
dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas

 MENINGKATKAN MOTIVASI

Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance

STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI

No comments:

Post a Comment