Wednesday, 7 December 2011

PEMIKIRAN KREATIF

Pemikiran Kreatif
Pemikiran kreatif mempunyai definisi yang berbeza dengan pemikiran kritis. Ini kerana kreativiti merupakan sifat-sifat Allah yang berkaitan dengan daya ciptanya dalam mencipta manusia dan alam ini. Kreativiti bukanlah sesuatu yang baru. Cuma ia semakin berkembang dari segi budaya, serta bidang kehidupan lain seperti ekonomi dan politik.
Definisi pemikiran kreatif
Pemikiran kreatif adalah satu usaha secara sedar yang melibatkan pencetusan idea kreativiti berserta tindakan kreatif terhadap suatu konsep atau pendekatan atau ciri-ciri lama. Ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan menjana sesuatu idea yang baru serta dapat menggunakan idea tersebut untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Kreativiti juga didefinisikan dengan melihat kepada empat aspek utama iaitu bakat kreatif yang semulajadi, produk kreatif, proses kreatif dan penekanan terhadap kreativiti ataupun persekitaran yang menyokongnya. Orang-orang yang berfikir kreatif dianggap sebagai orang spontan dan sanggup mengambil risiko serta melakukan kesilapan. Mereka juga dianggap sebagai orang yang boleh menerima idea-idea dan pengalaman yang baru. Pemikiran kreatif juga dikenali sebagai pemikiran lateral yang bermaksud berkembang kepada beberapa cara penyelesaian dari satu idea utama.
Stail pemikiran kreatif
a) Stail lateral
Merupakan kaedah untuk menerbitkan idea yang baru. Idea baru tidak berkaitan langsung dengan idea lama. Stail ini melihat sesuatu penyelesaian masalah dan kaedah membuat keputusan dengan menggunakan teknik yang agresif untuk memaksa minda menerbitkan idea yang luar biasa. Idea yang terbit menerusi teknik-teknik lateral ini tidak dinilai sebaliknya ia diguna pakai walaupun nampak tidak releven.
b) Stail projektif
Menggunakan pendekatan meramal, iaitu meramalkan apa yang belum dan akan berlaku, memberikan sebab dan faktor-faktor yang boleh wujud pada masa depan, dan memerlukan maklumat dan pengalaman peribadi untuk membuat penilaian tentang trend masa depan.
c) Stail emotif
Menggunakan jenis emosi yang mendalam seperti kecintaan, ketakutan, kebencian, kemarahan, syak wasangka dan keimanan. Seluruh hasil pemikiran menunjukkan pengaruh emosi tersebut dengan menggunakan logik.
   d) Stail negatif
Pemikiran negatif adalah bersifat logikal, ia mengunakan fakta sebagai asas untuk membuat penilaian-penilaian negatif. Kita perlu mempunyai asas yang kuat untuk mempertahankan kewajaran pendapat kita. Pemikiran ini dapat mengelakkan kita daripada membuat kesilapan dan perkara-perkara yang bodoh. Stail ini mementingkan kebenaran dan realiti. Antara ciri-ciri ialah mengemukakan alasan logik tetapi negatif, mencari alasan mengapa sesuatu itu akan gagal, mengemukakan masalah dan risiko, menyenaraikan dan mencari kepincangan sesuatu idea.
e) Stail positif
Melihat sesuatu idea dengan baik sangka. Ia menumpukan kepada kebaikan, mengatasi kelemahan yang ada.
f) Stail analitikal
Stail berfikir secara analitikal mengunakan pelbagai teori, teknik, dan pendekatan. Teori ini baik untuk menghasilkan pelbagai analisis, huraian dan kritikan. Kita akan dapat melakukan analisis setelah ada sesuatu yang terjadi terlebih dahulu.
g) Stail objektif
Berfikir secara objektif menunjukan ciri-ciri tertentu. Ia menggunakan fakta-fakta yang ada tanpa menyebelahi mana-mana pihak, membezakan fakta dari kemungkinan dan membezakan fakta dari keyakinan.
h) Stail imaginatif
Menekankan peranan imaginasi minda. Minda kita boleh membuat penggambaran dan penggambaran tentang sesuatu yang kita kehendaki secara visual.
 Ciri-ciri pemikiran kreatif
Antara beberapa ciri-ciri pemikiran kreatif ialah keaslian, kelancaran, kefleksibelan, dan penghuraian.
1) Keaslian
Idea-idea yang diterbitkan adalah luar biasa dan asli. Ia tidak ditiru atau diciplak bulat-bulat. Keasliannya tetap dipelihara dengan syarat idea tersebut merupakan pembaikkan daripada idea lama. Kita mendapat idea hasil daripada apa yang kita lihat dan saksikan seperti benda, perkara dan peristiwa yang berlaku di sekeliling. Sudah sekian lama kita dapati orang mengukur kelapa secara tradisional. Ia bukan sahaja tidak efisien tetapi amat memenatkan. Apabila satu alat ukur kelapa yang canggih dan ekonomik dicipta, ia boleh dilabelkan sebagai asli dan baru kerana masih belum terdapat idea yang kita bayangkan.
2) Kelancaran
Bermaksud keupayaan untuk melahirkan idea kreatif secara spontan dan ada pula yang memakan masa yang agak lama untuk diterbitkan. Ia bergantung kepada individu, persekitaran dan darjah sesuatu penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

Proses menerbitkan pemikiran kreatif
Idea sangat penting kepada manusia kerana dengannya manusia boleh membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kreativiti terdiri dari himpunan pengetahuan, imginasi, dan penilaian. Proses ini berlaku menerusi peyusunan semula dan perkaitan antara pengetahuan dan pengalaman dalam cara yang baru. Untuk berfikiran kreatif, seseorang perlu mempunyai maklumat tentang perkara yang hendak difikirkan. Terdapat beberapa cara bagaimana sesuatu idea kreatif dapat diterbitkan antaranya:
a) Proses menyoal
Sesorang itu akan menyoal apabila ia ingin tahu atau tidak pasti akan sesuatu. Soalan boleh ditujukan pada diri sendiri atau kepada orang lain. Keadaan ini akan membuka minda kita dengan lebih luas.
b) Proses tidak sengaja
Proses ini berlaku secara tidak langsung. Idea datang menerusi pemerhatian persekitaran dan mendapat idea dari persekitaran.
c) Pengalaman
Reka cipta melalui pengalaman adalah berbeza daripada reka cipta yang melalui proses tidak sengaja. Melalui pengalaman kita tahu bahawa sesuatu yang dicipta itu akan berjaya.
 d) Proses kesilapan
Kemajuan dalam bidang sains dan perubatan adalah hasil dari kajian dan menjalankan eksperimen. Di dalam proses tersebut kadang-kadang ahli sains membuat kesilapan dalam pentafsiran dan penelitian. Dalam kesilapan tersebut mereka menjumpai formula atau kaedah baru untuk menyelesaikan masalah atau menjayakan kajiannya.
e) Imaginasi dan visualisasi
Semua orang mampu membuat imginasi dan visulisasi. Proses imaginasi dan visualisasi bersifat abstrak, tetapi boleh diterjemahkan secara konkrit. Visualisasi dan imaginasi boleh dilakukan dengan lima prinsip utama:
o    tentukan matlamat yang ingin dicapai.
o    cipta idea dan buatkan gambaran yang jelas.
o    Sentiasa tumpukan pemerhatian
o    Timbulkan daya positif
o    Meningkatkan fungsi otak kanan


No comments:

Post a Comment