Perkataan Lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old English’ iaitu ‘dragan’ yang bermasud ‘to drag’ dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan.
Lukisan melibatkan kerja yang agak sistematik. Ia memasukkan elemen seperti bentuk, ton, jalinan, cahaya bayang, perspektif dan komposisi. Dalam lukisan, medis yang digunakan ialah daripada media kering. Contohnya pensel, arang atau charcoal, krayon dan kapur. Lukisan yang dibentuk menggunakan satu warna (monokromatik).
Aktiviti melukis kebiasaanya dilakukan sebelum ia dipindahkan kepda karya seni seterusnya. Proses melukis juga digunakan sebagai sketsa atau sketches. Ia berlaku secara berterusan sehingga idea yang dikehendaki dipilih dan dikembangkan.
Lukisan juga boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi. Ini terbukti dengan sebuah lukisan bertajuk ‘unforgerttabale fire’ yang dilukis oleh pelukis amator di Jepun pada tahun 1945 menggambarkan peristiwa pengeboman bandar Hiroshima.
Jenis - Jenis Lukisan
Lukisan Figuratif
Lukisan figuratif tertumpu kepada lukisan manusia dan binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Lukisan figuratif adalah amat sukar kerana dari segi kadar banding akan menentukan keindahan lukisan tersebut
Lukisan Kajian
Lukisan kajian dilukis untuk mengkaji sesuatu benda. Contohnya lukisan tumbuhan, pelukis perlu melukis bahagian tersebut dengan teliti. Biasanya lukisan kajian lebih tertumpu kepada lukisan alam seperti tumbuhan dan haiwan.
Lukisan Informasi
Lukisan informasi bertujuan memberi informasi kepada pelanggan, biasanya dalam bentuk peta dan ilustrasi. Lukisan ini perlu dilukis dengan cermat dan teliti
Lukisan Konseptual
Pelukis perlu menggunakan imaginasi yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu konsep yang baru. Contohnya dalam filem seram memerlukan lukisan watak seram untuk dijadikan watak dalam cerita tersebut, pelukis perlu melalui konsep watak tersebut dalam bentuk fantasi.
Lukisan Teknikal
Lukisan teknikal ialah lukisan yang menggunakan skala tertentu untuk memastikan sudut pandangan dan kadar banding yang tepat.
Lukisan Kartun
Dalam menghasilkan lukisan kartun, perlu menggunakan pelbagai kualiti garisan ringkas untuk menggambarkan watak - watak kartun. Biasanya ia digambarkan melalui tema - tema jenaka.
Lukisan Kontur
Lukisan yang menjelaskan bentuk atau rupa pada sesuatau permukaan bentuk. Lukisan ini menggunakan pelbagai jenis garisan tebal dan nipis. Ia juga bertujuan untuk menampakkan imej tiga dimensi.
Lukisan Gesture
Menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad kepada pergelangan tangan sahaja. Ia dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaras antara kerja mata, minda dan tangan pada objek yang dilukis.
Lukisan kajian |
Lukisan gesture |
Lukisan Kontur |
Media
Media dominan dalam lukisan ialah media kering seperti pensel, pensel warna, pen dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan. Penghasilannya mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi dengan kuantiti yamng sangat minimum. Lukisan juga menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.Antara media yang biasa digunakan ialah:
Media kering
- Pensel
- Charcoal
- Pen
- Berus
- Oil Pastel
- Soft Pastel
Soft pastel |
Charcoal (arang) |
pensel warna |
Media Basah
- Cat air
- Dakwat
- Cat minyak
- Cat poster
- Cat tempera
- Cat akrilik
Teknik
Penekanan kepada teknik dalam pengkaryaan lukisan memerlukan latihan yang berterusan. Guru harus menekankan pembelajaran teknik - teknik melukis. Antara tek - teknik lukisan ialah :
- Teknik contengan (scribbles lines)
- Teknik lorekan ( shading)
- Teknik titik ( pointilism)
- Teknik garisan berombak( waving lines)
- Teknik garisan pangkah( Ccross hatching)
- Teknik garisan selari (parallel lines)
- Teknik semburan ( stippling)
- Teknik garisan tidak menentu ( crist cross)
- Teknik campuran (mixed lines)
Asas Sebelum Melukis
Antara perkara asas sebelum memulakan lukisan ialah :
- Memahami beberapa perkara berkaitan teknik melukis seperti yang dibincangkan sebelum ini, cara mengaplikasikan garisan. Bagi mendapatkan bentuk, ton, jalinan dan sebagainya.
- Mengetahui kedudukan perspektif. Dalam lukisan yang dihasilkan itu, pastikan arah perspektif sama ada satu titik lenyap, dua titik lenyap. Arah perspektif merupakan satu ilusi, dan seterusnya akan menimbulkan kesan 3D.
- Pemilihan tema dan imej yang sesuai
- Faham kedudukan cahaya dan bayang. Kemudian fahami kekuatan pancaran cahaya yang menimpa di atas objek. Seterusnya bayang yang berada pada objek atau di lantai.
- Membuat beberapa lakaran kasar. Ini bertujuan untuk menentukan komposisi, ruang dan kedudukan objek.
- Bijak menggunakan teknik fokus pada objek. Tahu objek manakah yang perlu diberi keutamaan serta susun atur yang sesuai terhadap objek yang dipilih.
No comments:
Post a Comment