Wednesday, 4 January 2012

KEUNIKAN SEPANJANG MENAIKI MALACCA RIVER CRUISE

Waktu yang ada diseiringkan dengan melawat Melaka bandaraya bersejarah. Banyak tempat yang aku lawati. Memang tak cukup satu hari. Tapi apa yang aku nak kongsi kat sini ialah keterujaan pertama kali menaiki melaka river cruise ni.
 
Dengan tambang yang sangat berpatutan bagi aku iaitu RM10. Para penumpang akan menaiki bot tersebut selama hampir satu jam. Best woo. Cuba tengok dengan dinding - dinding sepanjang sungai ni, dinding - dinding pada bangunan berkonsepkan belanda ini dilukiskan dengan cerita - cerita sejarah Melaka. Bagi aku ini merupakan idea yang menarik dan kreatif. Bukan sahaja menarik perhatian pengunjung, tapi akan membuatkan belakang - belakang bangunan tersebut nampak lebih indah. Jom aku kongsi serba sedikit gambar






                                                                    
Bukan sahaja lukisan - lukisan pada dinding yang menarik perhatian aku, tapi persekitaran sungai tersebut. Dengan rumah - rumah Melaka yang masih mengekalkan ciri - ciri tradisional, jambatan - jambatan yang diberi nama unik.  Selain tu, terdapat kincir air yang besar yang diperbuat daripada kayu.

Kincir Air

Bot yang bergerak perlahan membolehkan aku meneliti setiap keindahan di sepanjang sungai tersebut. Para penumpang didengarkan dengan rakaman suara yang menerangkan tentang keunikan sepanjang perjalanan kami. Pada sebelah kiri sungai terdapat paya - paya bakau dan juga bangunan berkonsepkan Belanda. Tidak jauh dari situ juga kelihatan bangunan Stadhuys berwarna merah yang tersergam indah.


River Cruise


Pokok Bakau


Photoshoot wedding pun ada

Tuesday, 3 January 2012

LUKISAN KUCING YANG KREATIF

Semua sedia maklum hanya dengan menggunakan pensel, seseorang itu mampu menghasilkan karya yang sangat menakjubkan. Berikut merupakan beberapa contoh gambar lukisan kreatif yang dihasilkan dengan menggunakan pensel.

          Jika dilihat ia saling tidak tumpah seperti sebuah foto, tetapi dengan sedikit kreativiti dan bakat yang diberikan, pelukis ini mampu "menghidupkan" kucing - kucing tersebut di atas helaian - helaian kertasnya. Sebagai seorang pelajar seni, aku berasa teruja dengan lukisan - lukisan ini.  lebih - lebih lagi aku merupakan penggemar kucing. Semogha hari demi hari bakat aku dalam bidang ini semakin menyerlah 

                                                         Kucing - kucing comel

                                                                   Comel kan?


Monday, 2 January 2012

KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif. Pendidikan Seni dalam Kurukulum Bersepadu Sekolah Menengah, bermaksud seni tampak yang bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik.

         Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Pelajar yang mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa, bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupan.

         Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir . Pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel.

          Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
      
          Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini

KREATIVITI DARIPADA POKOK BULUH, POKOK PISANG, POKOK KELAPA

Antara tugasan subjek kreativiti, kami dikehendaki membuat rekacipta daripada pokok buluh, pokok kelapa dan juga pokok pisang. Kami perlu menghasilkan 10 rekaan daripada pokok - pokok tersebut. Aku memilih untuk mencampurkan ketiga - tiga pokok berkenaan dalam satu rekaan.

          Unsur yang diambilkira ialah ketahanan dan kekemasan.  selain itu, kekreatifan kami juga akan dinilai daripada rekaan - rekaan yang dihasilkan. Sebelum mendapatkan rekaan yang terakhir, aku perl;u membuat lakaran terlebih dahulu di dalam buku sketch, kemudian baru rekaan terakhir disediakan. Berikut adalah beberapa contoh rekaan yang aku hasilkan untuk tugasan subjek kreativiti ni.


Cermin Ajaib

Seludang Hiasan
Lampu Buluh
Troli Serbaguna

Bunga Manggar Tradisi