Masuk semester 3 mula lah pegang - pegang set pensel balik, hurmm semester lepas tak banyak sangat melukis tapi start semester ni pakat - pakat join kelas Dr Roskang. Siapa tak kenal Dr. Roskang yang popular dengan karya - karya abstrak dia yang bagi aku hurrmm hebat. Bila belajar dengan dia rasa macam wuaaa banyak nya yang aku tak pandai lagi. Thank you Dr. Roskang!
Semester ni, Dr. Roskang lain sikit, kami kena dera dengan asignment - asignment yang hurrmm boleh tahan la banyak. Kadang - kadang tu rasa asyik - asyik figure kenapa? tapi takpa la untuk latihan. Macam dr. slalu cakap, kami ni dol je selalu..(",)
Tapi bagi aku, drawing memang best sebab bila tengah asah - asah pensel boleh berangan dan boleh ingat kucing - kucing kesayangan dekat kampung tu. Selain tu, bila dah pandai lukis figure nanti kot la ada kawan - kawan nak suruh lukiskan gambar. Huh? jangan harap la, aku ada banyak asignment lain. Tahun depan bole.
Inilah Dia Dr. Roskang Jailani |
Sepanjang semester 3 ni memang macam - macam tugasan yang dr beri dalam studio lukisan. Antara tugasan yang dia beri ialah lukisan potret manusia pada awal - awal semester. Selalunya dr tak kisah pelajar - pelajar dia nak lukis apa, janji kami buat kerja dia sampai siap. "Kerja bertangguh takkan menjadi". jadi, dengan rela hati maka terhasillah sebuah potret manusia. "Potret ke ni?". Pelakon drama korea menjadi pilihan, iaitu Kim Rae Won yang sangat - sangat diminati. walaupun dr kata semuanya dol, tapi sekurang - kurangnya kerja dr roskang belum pernah lagi diketepikan. Taraaa!
Kim Rae Won |
Seterusnya , tugasan lain yang diberi ialah lukisan perspektif. Sebenarnya bagi aku lukisan perspektif lah yang paling leceh, senang cerita susah la. Sebab nak kena pastikan setiap sudut mesti join dengan sesuatu titik. Jom aku terangkan sikit lah tentang lukisan perspektif ni, bagi lebih jelas.
Lukisan perspektif
Ruang perspektif ialah teknik gambaran yang bertujuan untuk menunjukkan gambaran ruang tiga dimensi. Pengetahuan dan pemahaman tentang aras mata, titik lenyap dan ruang perspektif adalah sangat penting untuk menimbulkan ruang pada imej dua dimensi yang dihasilkan. Apabila menggambarkan ruang perspektif, saiz objek, jarak antara dua benda serta warna pada objek akan kelihatan berbeza mengikut jarak. Terdapat tiga jenis perspektif iaitu perspektif satu titik lenyap, dua titik lenyap dan 3 titik lenyap.
Satu titik lenyap
- Lukisan yang dihasilkan dengan menggunakan garisan grid yang selari yang akan bertemu di satu titik lenyap di paras pandangan aras mata.
Dua titik lenyap
- Lukisan yang dihasilkan dengan menggunakan garisan grid yang selari yang akan bertemu di dua titik lenyap di kiri dan kanan pada aras mata.
Tiga titik lenyap
- Terhasil apabila objek dilihat daripada pandangan atas aras mata atau bawah aras mata. Contohnya apabila membuat lakaran bangunan dari pandangan atas
Dengan komitmen yang ada dalam diri, maka tugasan yang diberi tetap diselesaikan walaupun pada mulanya aaaa malasnya! Aku memilih untuk melukis sebahagian bangunan Tadahan Selatan bersebelahan Perpustakaan Tuanku Bainun. Mengambil keputusan untuk melukis perspektif satu titik lenyap salah satu nya.
Perspektif 1 titik lenyap |
Antara lain, ialah lukisan gesture. Sebelum ni memang biasa lah tengok lukisan gesture dalam buku, tapi belum pernah cuba untuk lukis. Sebelum tugasan diberi, dr ada ajar macam mana nak hasilkan lukisan gesture, sebab sekali tengok memang conteng - conteng sahaja. Dengan kerajinan yang diberikan, maka siap la 10 lukisan gesture tersebut. Tapi sebelum tu, mari aku terangkan sikit apa itu lukisan gesture.
Lukisan gesture
Dalam menghasilkan lukisan gesture, seluruh pergerakan tangan digunakan dan tidak terhad pada pergelangan tangan sahaja. Kebiasaanya lukisan gesture dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca, atau seni grafik. Selain itu, lukisan ini juga dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaras antara kerja mata, minda, dan tangan pada objek yang dilukis.
Lukisan di bawah, antara cubaan aku untuk menghasilkan lukisan gesture. Macam biasa lah kan, dol!
Belum cukup dengan itu, Kami disuruh untuk melukis 10 lagi figura yang lengkap dari atas kepala sampai la kaki. Tapi pastikan figura tersebut masti dengan pelbagai gaya yang tersendiri. Mula - mula rungsing juga nak memikir macam mana nak cari orang maam - macam aksi ni. At last, boleh la juga siapkan pada waktu yang ditetapkan. Berikut antara beberapa lukisan yang aku hasilkan untuk tugasan yang ini.
Sebelum tu ada lagi, tugasan lain kami disuruh untuk membuat latihan untuk bahagian muka sahaja. Arahan diberi lebih kurang macam ni " Dalam satu kertas saiz A3 lipat bahagi enam bahagian, lepas tu buat lukiskan kedudukan muka yang berbeza. Study bentuk muka tersebut!". Aku pun buat lah lipat - lipat tu, pastu yang jadi mangsa semestinya gambar - gambar artis lah. Ha padan muka, lukis perempuan jadi lelaki, lukis budak jadi orang tua. Takut sangat - sangat sebab masa buat tu dr diri betul - betul depan aku. so setiap line yang aku buat diperhatikan. Bila dr kata "Ha kalau hidung dah kat dahi, confirm salah". Huh? aku lah tu siapa lagi...(",)
Tapi pada aku sebenarnya, untuk lukis figure atau ekspresi ni, kena banyak latihan sebenarnya. Bila ada masa lapang tu aku cuba - cuba pada satu gambar rasa macam hmmm its getting better than before. Berikut adalah lukisan kedudukan muka yang dimaksudkan.
Selain tu, aku tak berapa ingat sangat tugasan yang satu ni, mungkin dr suruh lukis still life drawing. Sebab lukisan ni ada sekali dengan tugasan - tugasan yang lain. untuk menjimatkan masa, aku pun setting satu bahagian untuk dilukis, lokasi hanya di dalam bilik denagn peralatan - peralatan aku sendiri. Contohnya, kotak seterika, botol kaca, beg tangan dan juga botol air kordial. Untuk lukisan yang macam ni aku ambil masa 3 jam. Ha? 3 jam lama betul. Hurm biasa lah, bukannya Imuda atau pun siapa - siapa nak lukis cantik - cantik dan laju. Taraa!
Setakat ni rasanya yang itu saja. Apa yang pasti, banyak lagi tugasan menunggu, itu janji Dr.Roskang. Yang lain - lain akan ditambah dari semasa ke semasa ; )